Setelah mendapat panggilan dari rakan di forum Bicara Jutawan bertanya tentang eksperimen cili dengan Kitosan, hari ni baru sempat ke pasar carik cili Kulai untuk buat benih, medium traysubstrate (AG Potting Soil dari Agroniche Sdn Bhd) dan tray 104 lubang (2 set).
Eksperimen terdiri dari;
Tray A : 100 biji Cili Kulai dengan Kitosan
Tray B : 100 biji Cili Kulai tanpa Kitosan
Kos:
Tray = RM2.30 x 2 set
Medium Potting Soil = RM9 untuk 5kg
Cili Kulai Segar = RM5/kg
Set Kitosan tanaman = RM150
Hari Pertama (4-Sep-09, 9.30 malam) :
- Semai 100 biji benih dari buah cili Kulai, basahkan dengan sedikit air bersih, biar semalaman.
- Semai 100 biji benih dari buah cili Kulai, rendam dengan 2ml air Kitosan dan 10ml air bersih, biar semalaman.




Hari Kedua (5-Sep-09, 5.30 petang) :
- Penyediaan medium: Potting soil dimasukkan ke dalam tray 104 lubang, sebanyak 2 set. Set A untuk Cili Kulai dengan Kitosan, set B untuk Cili Kulai tanpa Kitosan.
Set A: Benih Cili Kulai dengan Kitosan







Hari Ke-7 (12-Sep-09, 6 petang) :
- Dah seminggu, lebih dari 20 biji benih dari set A mula keluarkan tunas, manakala set B tidak sampai 5 biji benih keluar tunas. Nampaknya eksperimen memberi jawapan positif setakat ini.

Selamat mencuba!
Read more!