KAMI TELAH BERPINDAH...

Testimoni pengguna Kitosan

Testimoni pengguna Kitosan
Tanaman Betik

Pokok Betik

Limau Nipis

Tembikai

Ternakan Keli

Ternakan Lembu

4 Sep 2009

Eksperimen tanaman Cili dengan Kitosan

Salam...

Setelah mendapat panggilan dari rakan di forum Bicara Jutawan bertanya tentang eksperimen cili dengan Kitosan, hari ni baru sempat ke pasar carik cili Kulai untuk buat benih, medium traysubstrate (AG Potting Soil dari Agroniche Sdn Bhd) dan tray 104 lubang (2 set).


Medium Potting Soil

Eksperimen terdiri dari;
Tray A : 100 biji Cili Kulai dengan Kitosan
Tray B : 100 biji Cili Kulai tanpa Kitosan

Kos:
Tray = RM2.30 x 2 set
Medium Potting Soil = RM9 untuk 5kg
Cili Kulai Segar = RM5/kg
Set Kitosan tanaman = RM150

Hari Pertama (4-Sep-09, 9.30 malam) :
- Semai 100 biji benih dari buah cili Kulai, basahkan dengan sedikit air bersih, biar semalaman.
- Semai 100 biji benih dari buah cili Kulai, rendam dengan 2ml air Kitosan dan 10ml air bersih, biar semalaman.

Semai Benih Cili Kulai


Hari Kedua (5-Sep-09, 5.30 petang) :
- Penyediaan medium: Potting soil dimasukkan ke dalam tray 104 lubang, sebanyak 2 set. Set A untuk Cili Kulai dengan Kitosan, set B untuk Cili Kulai tanpa Kitosan.

Penyediaan medium

Set A: Benih Cili Kulai dengan Kitosan

Set B: Benih Cili Kulai tanpa Kitosan

Bancuh Pungchorot 1 sudu untuk medium potting soil Set A

Warna Pungchorot selepas dibancuh dengan airBancuhan Pungchorot dicampur dengan Kitosan 10ml

Bancuhan Pungchorot & Kitosan disiram ke atas potting soil

Tanam benih Cili Kulai dengan Kitosan dalam tray set A

Tanam benih Cili Kulai tanpa Kitosan dalam tray set B



Hari Ke-7 (12-Sep-09, 6 petang) :
- Dah seminggu, lebih dari 20 biji benih dari set A mula keluarkan tunas, manakala set B tidak sampai 5 biji benih keluar tunas. Nampaknya eksperimen memberi jawapan positif setakat ini.


Selamat mencuba!


Read more!

12 Ogo 2009

Testimoni pengguna Kitosan Poodang di Malaysia

Pengguna Kitosan Poodang di Malaysia;
1. Azri (012-3467173, Merlimau,Melaka) - ternakan ketutu
2. Abdul Razak (010-3021330, Parit Buntar,Perak) - ternakan keli & puyu
3. Bakhtiar (013-4510599, Wang Kelian,Perlis) - ternakan keli
4. KingSiong (012-4504840, Jenun, Kedah) - ternakan ketutu
5. Ahmad (019-4145164, Kangar,Perlis) - ternakan keli
6. Abdul Khalid (017-5596751, Arau, Perlis) - ternakan puyu
7. Adi (012-5229950, Taiping, Perak) - ternakan ketutu
8. Hashim Mahat (017-6382466, Tmn Sri Keramat, KL) - ternakan ikan
9. Muhd Hazwan Zainuddin (012-5463045, Gopeng, Perak) -tanaman cili fertigasi
10. Ir. Shaffie (019-2195115, Gombak, Selangor) - ternakan keli, puyu & tanaman cendawan.
Read more!

3 Ogo 2009

Eksperimen tanaman Kundur dengan air Kitosan Poodang

Salam semua...

Sewaktu melawat ke Kg Ban Perak, Satun, Thailand, 14 Julai lepas, seronok dan terkejut tengok pokok tebu besar-besar, pokok cili buahnya banyak, jagung buah lebat petik 5-6 bijik
taukeh tu bagi rasa, memamg manis. Pastu, apa lagi, mintak le sebijik dua mau kasik makan lg ler. Tanya lagi taukey tu "tanam jagung ni taruk apa2 baja special ka?"... "Pakaila Poodang Kitosan (air kulit ketam), campur dengan Pungchorot (tanah gunung berapi)..."

Tanya dia lagi, "nak pakai macam mana?" ..."Bancuh 20ml air kitosan + 100g Pungchorot + 20 liter air..." Apa lagi, kasi angkat sebotol air Kitosan (500ml) dengan baja tanah gunung berapi tu 1kg, balik mau kasi try. Lepas 3 minggu dah try kat pokok Kundur, te
ngok buahnya besar penuh satu pasu bunga...fuyoo, makan sorang tak abis ni, macam nak kena buat kenduri...

Kali ni nak try lagi kat pokok anggur pulak. Kat belakang rumah dah tumbuh 2 pokok, kasi cantas batang potong 3, taruk dalam 3 pasu.

Macam biasa, batang pokok anggur ni mula-mula rendam dalam air kitosan, tanah dalam pasu pulak disembur dengan air kitosan yang dibancuh dengan Pungchorot (tanah gunung berapi), kemudian cucuk jer dalam bekas pasu tu...


Air kitosan dalam botol 500ml









Warna air kitosan sebelum dicampur Pungchorot










Warna air campuran Kitosan + Pungchorot












Semai pokok anggur pakai batang.
Kanan sekali tu Pungchorot pek 1kg












Benih anggur semai dari batangnya








Projek anggur dengan air kitosan ini akan diupdate dari minggu ke minggu.

Projek berikutnya;
1. Tanaman tebu

- Dah sembur air kitosan dan tabur baja 25kg, tunggu upload gambar
2. Padi (tengah tunggu mesin bajak sawah)
- Teknik: kena sembur tanah dah dibajak dengan air kitosan 300cc @ 300ml + Pungchorot 1kg + 50 Liter air --> untuk 1 relung saiz tanah,
rendam benih dalam air kitosan 20cc+20 Liter air semalaman,
tabur benih padi, lepas seminggu sembur air Kitosan 20cc+20 Liter air pada daun padi.
Lepas sebulan, sembur air Kitosan 20cc +Super Semenplai 30cc +Insi 40cc + Pungchorot 3 sudu besar + 20 Liter air --> untuk 1 relung.
Bulan kedua dan ketiga ulang campuran di atas.

Selamat mencuba.

cdeebiz@gmail.com
H/P : 012-6568926

Read more!